Followers

Sunday, August 5, 2012

secalit tinta penulis

Saya mula menggiatkan diri dalam pembuatan bakul dari surat khabar ini sejak tahun lalu. Kakak saya mula belajar dari jirannya merangkap rakannya untuk membuat bakul sempena perkahwinannya. Setelah itu, saya pula belajar daripadanya. mula2 memang agak sukar tapi lama kelamaan ianya semakin mudah. Lalu untuk perkahwinan kakak saya yang sulung, saya telah membuat bakul telur untuk diberikan kepada tetamu yang datang. Ianya agak comel dengan warna dan hiasannya yang menarik telah menyerikan lagi bakul telur tersebut.

sejak itu saya dan kakak saya terus bergiat untuk menyediakan pelbagai lagi barangan dari surat khabar seperti pasu bunga, kemudian tudung saji seterusnya pelbagai lagi barangan lain. selepas ini mungkin banyak lagi idea yang akan datang yang boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment